PENGENALAN HUTAN SEMULA JADI
Pengenalan
HutanHutan di Malaysia
Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar. Iklim Malayisa yang panas dan lembap
sepanjang tahun menggalakkan pelbagai jenis tumbuhan
semula jadi seperti hutan hujan tropika, hutan paya air
tawar, hutan paya air masin, hutan pantai dan hutan gunung.
Hutan Malaysia mempunyai kirakira 15000 spesies
tumbuhan dan banyak jenis hidupan liar.
Di akhir bab ini, para pelajar seharusnya dapat :
Menyenaraikan jenis dan taburan tumbuhan semula
jadi yang terdapat di Malaysia,
Memadankan taburan jenisjenis tumbuhan semula jadi
di atas peta Malaysia,
Menyenaraikan contoh hidupan liar yang terdapat di
hutanhutan di Malaysia.
TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Hutan di Malaysia memang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Suhu yang tinggi kira-kira 27oC serta hujan lebat kira-kira 2 600mm yang turun sepanjang tahun di Negara kita sungguh sesuai untuk pertumbuhan pelbagais sepsis tumbuhan dan haiwan. Bagi tumbuhan semula jadi, kira-kira 15 000 spesis tumbuhan dapat ditemukan di hutan kita.
Dalam unit ini kita akan mengenal pelbagai jenis tumbuhan semula jadi serta pelbagai jenis hidupan liar yang terdapat di hutan Negara kita.
12.1 Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Taburan tumbuhan semula jadi meliputi beberapa kawasan hutan seperti yang ditunjukkan dalam Peta 12.1 ini.Hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung kebanyakkannya diliputi tumbuhan semula jadi yang malar hijau.
Peta 12.1 Taburan tumbuhan semula jadi di Malaysia. |
12.2 Hutan Hujan Tropika
Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia. Hutan ini meliputi kira-kira 19 juta hektar kawasan Malaysia. Kira-kira 46% daripada keluasan hutan in terdapat di Sarawak, 31% di Semanjung Malaysia, dan 23% di Sabah.
Pokok-pokok hutan hujan tropika tumbuh dengan ketinggian yang berbeza dan kelihatan berlapis-lapis. Pada umumnya ahli botani membahagikan hutan ini kepada empat lapisan iaitu lapisan renjong (emergen), kanopi (silara), lapisan tengah dan lantai hutan. Disini terdapat ciri yang membezakan lapisan tersebut.
Rajah 12.2 Empat lapisan yang terdapat di hutan hujan tropika |
Hutan ini padat dan banyak sepsis tumbuhannya. Tumbuh-tumbuhan di hutan ini adalah malar hijau kerana tiada musim luruh yang nyata. Daunnya lebar, berbulu, berlilin dan liat. Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan cepat dan mudah. Kebanyakkan pokok di lapisan renjong (ketinggian antara 40 hingga 50 meter) berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat. Batangnya lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari. Keadaan pokok yang demikian memerlukan akar yang kuat. Oleh itu, pokok-pokok begini berakar banir sebagai sokongan. Antara pokok yang berakir banir termasuklah pokok cengal, kapur, kempas, senduduk, tualang, mersawa dan meranti. Pokok-pokok hutan ini tumbuh bercampur aduk (banyak spesis yang tumbuh di satu-satu kawasan yang kecil) dan bukan berdirian tulen.
Di lapisan kanopi (ketinggian antara 20 hingga 4o meter),ranting dan daun-daunnya merimbun dan membentuk lapisan pelindung cahaya matahari. Antara beberapa contoh pokok di lapisan ini termasuklah kedondong , kandis, penarahan, dan kelat.
Tumbuhan yang mecapai lapisan tengah (ketinggian antara 10 hingga 20 meter) adalah pokok-pokok kecil. Terdapat juga tumbuhan jenis epifit seperti paki langsuyar dan paku tanduk rusa yang hidup menumpang di atas pokok lain. Liana pula sejenis tumbuhan yang memanjat pokok lain bagi mendapatkan cahaya matahari. Contohnya ialah rotan. Ada juga herba dan orkid yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan air, garam dan mineral daripada kulit pokok tersebut. Tumbuhan ini dikenali sebagai parasit.
Oleh kerana pokok tumbuh rapat-rapat, cahaya matahari terhalang daripada sampai ke lantai hutan. Keadaan ini menyebabkan lantai hutan (ketinggian kurang daripada 10 meter) mempunyai tumbuhan yang jarang. Bahagian hutan ini adalah gelap dan lembap. Lapisan ini diliputi oleh daun kering dan bahan reput yang tebal. Keadaan ini sesuai untuk tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput. Contohnya ialah kulat dan cendawan.
Foto12.1 Ciri hutan hujan tropika |
Hutan hujan tropika mnjadi habitat (kediaman) bagi pelbagai ejnis hidupan liar. Rajah 12.2 menunjukkan hidupan yang berbeza-beza di keempat-empat lapisan hutan hujan tropika.
Rajah 12.1 Pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia mengikut lapisan dalam hutan hujan tropika |
12.3 Hutan Paya
Hutan paya meliputi kawasan tumbuh-tumbuhan yang sering ditenggelami air. Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya ait tawar.
Hutan Paya Air Masin
Hutan paya air masin banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang. Antara beberapa kawasan hutan paya air masin termasuklah Larut Matang di Perak (kawasan pantai sepanjang 50 kilometer), sebahagian pantai Kuala Selangor, pantai Samarahan – Sadong di Sarawak, dan bahagian Delta Labuk – Sungut di Sabah.
Hutan paya air masin ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku-pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung. Hutan ini adalah malar hijau. Spesies tumbuhan utama yang terdapat di hutan paya air masin ialah pokok bakau. Antaranya termasuklah pokok bakau api-api, bakau kurap, dan bakau minyak. Batang pokok bakau tumbuh lurus. Ranting dan daun-daun pokok merimbun dan membentuk lapisan kanopi uang sekata. Hutan unu tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.
Pokok bakau mempunyai daun yang lebar dan liat. Daunnya mempunya kelenjar yang mengeluarkan garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan daun. Terdapat juga pokok-pokok yang menyimpan garam berlebihan ini dalam daun-daun tua. Daun-daun ini akan kering dan gugur. Garam dikeluarkan juga melalui akarya.
Bahagian pokok bakau yang ditenggelami air masin mengalami kekurangan oksigen. Spesies bakau mempunyai sistem akar yang terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang, dan akar banir. Akar ceracak adalah akar penafasan. Akar ini tumbuh secara menegak keluar dari permukaan tanah lumpur. Contohnya pokok bakau yang mempunyai akar sebegini alah bakau api-api dan perepat.
Pokok bakau kurap dan bakau minyak mempunyai akar jankang. Akar-akar ini tumbuh di bahagian bawah pangkal batang pokok dan masuk ke dala lumpur. Akar-akar ini menyokong pokok daripada mudah tumbang. Selain itu, akar sebegini memungkinkan pokok menyerap oksigen daripada udara ketika air pasang. Pokok bakau yang berakar banir tumbuh di kawasan yang lebih jauh dari pantai.
Rajah 12.4 Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air masin |
Tumbuhan ini berbeza-beza mengikut jarakdari laut. Jauh ke darat terdapat pokok nibung dan paku pakis laut. Di kawasan yang semakin hamper ke laut terdapat pokok nipah. Di sepanjang pinggir laut terdapat pokok bakau. Kawasan ini sering ditenggelami air laut.
Hutan Paya Air TAwar
Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk (bertakung air). Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air sungai dan tasik. Pokok-pokok tumbuh di atas tanih aluvium, tanih gambut dan tanih liat. antara beberapa kawasan hutan paya air tawar termasuklah disekitar Tasik Chini dan Tasik Bera di negeri Pahang, sebahagian Sabak Bernam di Selangor, kawasan Tenggara Pahang dan Delta Rajang di Sarawak.
Di semenanjung Malaysia, antara jenis pokok yang tumbuh di hutan ini ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya dan kapur paya. Pokok-pokok ini adalah jenis pokok kayu keras. Pokok-pokok tumbuh bercampur aduk. Batangnya besar, lurus dan tinggi. Pokok tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya. Pokok nipah tumbuh dengan banyaknya di kawasan hutan paya air tawar. Terdapat juga pokok paku-pakis, periuk kera, dan rotan. Daun pokoknya adalah lebar, berkilat, berbulu, dan berlilin. Hujung daunya berbentuk tirus untuk memudahkan air hujan mengalir melaluinya. Manakala, daun pokok nipah pula adalah besar dan panjang.
Pokok-pokok dihutan ini mempunyai akar yang sesuai untuk tumbuh dalam keadaan air yang bertakung. Pokok bintagur mempunyai akar udara. Pokok perupuk mempunyai akar pneumatofor (knee). Pokok kelat dan merbulan mempunyai akar jangkang. Pokok meranti mempunyai akar banir. Akar udara dan akar pneumatofor membantu pokok menyerap oksigen daripada udara. Akar jangkang dan akar banir pula dapat menyokong pokok daripada mudah tumbang dikawasan yang menakung air.
Hutan paya air tawar mempunyai profail yang berlapis-lapis. Terdapat tiga lapisan yang nyata dihutan ini, iaitu kanopi (silara), lapisan tengah, dan lapisan pokok renek.
Di hutan paya air masin dan hutan paya air tawar banyak terdapat ikan, udang, kerang dan ketam. Selain itu, terdapat juga monyet,kera belanda, memerang, ular, buaya, burung helang dan serangga seperti kelip-kelip. Lihat Foto 12.4.
|
12.4 Hutan Pantai
Hutan pantai banyak terdapatdi kawasan pantai yang berpasir. Antara kawasan itu termasuklah kawasan di sepanjang Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi, Desaru di Johor, Batu Feringghi di Pulau Pinang, Pulau Sipadan di Sabah, dan Pulau Talang0Talang di Sarawak.
Di hutan ini terdapat pokok-pokok seperti ru, bintagor laut, jemerlang laut, bebaru, kelat jambu laut, mengkuang, pokok kelapa dan pokok renek.
Di sepanjang pantai terdapat pokok-pokok yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza. Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter. Pokok kelat jambu laut yang sederhana besar, tumbuh antara 25 hingga 30 meter tinggi. Pokok ambong-ambong adalah tumbuhan renek yang mencapai ketinggian 6 meter sahaja. Kebanyakkan pokok hutan pantai mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar, manakala pokok ru pula berbentuk silinder. Batang pokok ru lurus dan tinggi. Kulit batang pokok ru agak berbeza sedikit kerana mempunyai dahan-dahan kecil yang berwarna hijau yang berfungsi sebagai daun sisik.
Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda sesuai hidup di kawasan pantai yang berpasir. Tumbuha ini mempunyai akar yang dapat merebak dan menjalar jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan air tawar. Akar yang demikian juga menguatkan cengkaman pokok di pasir yang longgar.
Profil hutan pantai menunjukkan perbezaan tumbuhan semulajadi mengikut jarak dari laut. Pokok tapak kuda tumbuh paling hampir dengan laut. Pokok ru tumbuh dikawasan yang agak jauh sedikit dari kawasan pokok tapak kuda. Di kawasan ini terdapat juga rumput-rumput kasar jenis menjalar. Pokok renek tumbuh di belakang pokok ru serta diikuti pokok mengkuang dan pokok kelapa.
Rajah 12.6 Profil hutan pantai
|
Di hutan pantai terdapat juga pelbagai hidupan liar seperti kera, ular, biawak , tupai, burung dan serangga. Lihat Foto 12.7 ini.
Foto 12.7 Pelbagai hidupan liar di hutan pantai |
12.5 Hutan Gunung
Hutan gunung banyak terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 meter. Antara beberapa kawasan yang diliputi hutan gunung termasuklah kawasan Gunung Kinabalu di Sabah, Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang, dan Gunung Jerai di kedah. Hutan gunung mempunyai pelbagai tumbuhan, contohnya pokok daun luruh seperti oak dan pokok daun tirus seperti pokok renek, contohnya orkid.
Tumbuhan semulajadi dikawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian kawasan. Rajah 12.7 menunjukan profil hutan gunung di Gunung Kinabalu Sabah. Di kawasan gunung yang tingginya antara 1200 hingga 1800 meter terdapat hutan montane bawah. Hutan ini dikenali juga sebagai hutan luruh kerana mempunyai pokok oak dan laurel. Ketinggian pokok adalah di antara 15 hingga 33 meter. Terdapat banyak tumbuhan epifit, misalnya orkid dan paku langsuyar yang tumbuh dilapisan ini.
Rajah 12.7 Tumbuhan semulajadi di hutan gunung berbeza mengikut aras ketinggian. |
Di kawasan yang tingginya antara 1800 hingga 2900 meter terdapat hutan montane atas. Jenis hutan ini adalah seperti terdapat di Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron. Di hutan ini, terdapat pokok-pokok daun tirus seperti seperti pokok pain, sprus, dan gelam gunung. Keadaan suhu yang lebih rendah dan tiupan angin yang kencang menyebabkan kebyakkan pokok rendah-rendah. Ketinggian pokok-pokok adalah diantara 1.5 hingga 18 meter.
Hutan ini terdiri daripada satu lapisan sahaja. Epifit seperti liken dan lumut tumbuh di dahan-dahan pokok. Terdapat juga Rafflesia, periuk kera, dan pokok rhododenron di hutan ini. Lantai hutan yang lenbab pula ditumbuhi lumut.
Kawasan yang tingginya antara 2900 hingga 3500 meter ditumbuhi tumbuhan hampir alpain. Di sini terdapat hutan campur jenis pokok kerdil dan rumput. Terdapat pokok renek konifer, rumput jenis Low’s Buttercup, Borneo eyebright, red sanicle dan periuk kera. Kawasan ini yang tingginya melebihi 3500 meter ditumbuhi tumbuhan alpain. Di kawasan ini jarang terdapat tumbuhan. Ada kawasan yang tidak mempunyai pokok kecuali semak samun renek seperti rhododendron, rumput, dan orkid. Tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat d Gunung Kinabalu.
Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juha mengikut ketinggian. Di hutan montane bawah terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga. Di hutan montane atas terdapat burung, ferretbadger, tikus, burung, dan serangga.
Foto 12.8 Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Bunga ini dapat tumbuh sehingga setebal 1.9 cm, selebar 91cm dan seberat 7kg. Rafflesia ditemukan di Gunung Kinabalu, Sabah.
|
|
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinfo yang berguna..
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat ini...sangat berguna..
ReplyDelete