Pages

Friday 6 November 2015

BENTUK MUKA BUMI

1.0 KEDUDUKAN DAN SAIZ MALAYSIA

1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT.

2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar,
Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.

4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera)  oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau.

5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan  iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.

6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil.
7. Negeri-negeri di Malaysia :
Picture
SENARAI NEGERI-NEGERI DAN IBU NEGERITERDAPAT DI MALAYSIA

(Negeri)                     -    (Ibu Negeri)
1. Perlis                     -  Kangar
2. Kedah                   - Alor Setar
3. Pulau Pinang       - Georgetown
4. Perak                    - Ipoh
5. Selangor              - Shah Alam
6. Negeri Sembilan-  Seremban
7. Melaka                 -Bandar Melaka
8. Johor                    - Johor Bahru
9. Pahang                - Kuantan
10. Terengganu      - Kuala Terengganu
11. Kelantan           - Kota Bharu
12. Sabah               - Kota Kinabalu
13. Sarawak            -Kuching

KEISTIMEWAAN MALAYSIA
1. Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat.

2. Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan.

3. Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.

4. Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang tahun.

5. Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan

PEMBAHAGIAN KAWASAN

kawasan tanah tinggi
Picture
KAWASAN TANAH TINGGI

1.Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada :
a. Batu kapur
b. Batu granit


2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah :

a. Banjaran Titiwangsa
b. Banjaran Bintang
c. Banjaran Kledang
d. Banjaran Tahan
e. Banjaran Benom
f. Banjaran Pantai Timur

3. Banjaran Titiwangsa
· Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
· Dikenali sebagai "Banjaran Besar".
· Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
· Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung Malaysia.
· Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik.
· Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.

4. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa.

5. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

6. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Bintang.
Picture
7. Bukit Larut merupakan pusat peranginan di Banjaran Bintang.

8. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta.

9. Banjaran-banjaran utama di Sabah :
a. Banjaran Crocker
b. Banjaran Brassey
c. Banjaran Terus Madi
d. Banjaran Maitland
10. Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di Sabah.
11. Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

12. Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah :
a. Banjaran Tama Abu
b. Banjaran Kapuas Hulu
c. Banjaran Iran
13. Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan Kalimantan.
14. Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu.

kepentingan kawasan tinggi.
  • Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana
  • (teh & sayur)
  • Kawasan pelancongan 
  • Kawasan peranginan
  • Kawasan tadahan hujan
  • Kawasan empangan
  • Kawasan air terjun
  • Kawasan rekreasi
  • Sumber batu garanit & batu kapur
  • Hutan khatulistiwa merupakan kawasan pembiakan & hidupan liar.



KAWASAN TANAH PAMAH

  1. Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut.
  2. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  3. Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah pamah lanar.
Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia :
  1. Lebih luas
Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Hilir Sungai Perak merupakan dataran yang amat penting.


Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :
  1. Sempit, terputus-putus dan berpasir.
  2. Sering dilanda banjir monsun timur laut.
  3. Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian.
Tanah pamah yang menakung air dinamakan paya
  1. Delta Sungai Pahang
  2. Delta Endau-Rompin
  3. Dataran Kedah-Perlis
  4. Dataran Kuching
  5. Dataran Seberang Prai
  6. Dataran Pantai Timur
  7. Dataran Johor

Kepentingan tanah pamah
  • Kawasan pertanian terutamanya
penanaman padi (tanih lanar)
  • Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta).
  • Kawasan perindustrian dan perumahan.
  • Kawasan tumpuan penduduk dan bandar.
  • Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan landasan keretapi

KAWASAN PINGGIR LAUT
Picture
Picture
Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu : 
  • Laut China selatan
  • Laut Sulu
  • Laut Sulawesi
  • Selat Melaka
  • Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.
Picture
1. pulau
Picture
Kenapa pentingnya pulau.
  • Pelabuhan antarabangsa.
  • Pusat Pelancongan
  • Pusat perikanan
  • Pelabuhan dalam negeri



2. TANJUNG
Picture
Contoh tanjung yang terdapat di Malaysia
  • Tanjung Bunga
  • Tanjung Datu
  • Tanjung Baram
  • Tanjung Duwai


Kenapa perlunya tanjung
  • Tempat Rekseasi
  • Tempat Bermandi-manda dan berkelah.

3. TASIK/PAYA


 Tasik semula jadi yang indah,

    (a) Tasik Bera

    (b) Tasik Chini.

2. Tasik Bera - Tasik air tawar terbesar di Malaysia.

3. Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan kawasan pelancongan dan perikanan.

4. Tasik buatan manusia utama di MalaysiaTasik Temenggor, Perak
Tasik-Tasik buatan manusia penting sebagai:

    (a) kawasan perikanan air tawar;

    (b) kawasan pelancongan atau rekreasi;

    (c) sumber air

    (d) pusat penjanaan kuasa hidroelektrik

CONTOH-CONTOH TASIK BUATAN MANUSIA
contoh-contoh sungai
5. Pantai
Kawasan pinggir pantai yang ditumbuhi pasir cantik dan bersih


Kepentingan pantai.
  • Tempat bermandi-manda
  • Tempat perkelahan
  • Tempat pelancongan


CONTOH-CONTOH PANTAI

KUIZ 1 

Picture

PENGENALAN HUTAN SEMULA JADI


      Pengenalan Hutan­Hutan di Malaysia Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Iklim Malayisa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi seperti hutan hujan tropika, hutan paya air tawar, hutan paya air masin, hutan pantai dan hutan gunung. 
       Hutan Malaysia mempunyai kira­kira 15000 spesies tumbuhan dan banyak jenis hidupan liar. Di akhir bab ini, para pelajar seharusnya dapat :­ Menyenaraikan jenis dan taburan tumbuhan semula jadi yang terdapat di Malaysia, Memadankan taburan jenis­jenis tumbuhan semula jadi di atas peta Malaysia, Menyenaraikan contoh hidupan liar yang terdapat di hutan­hutan di Malaysia.

   

TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Hutan di Malaysia memang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.  Suhu yang tinggi kira-kira 27oC serta hujan lebat kira-kira 2 600mm yang turun sepanjang tahun di Negara kita sungguh sesuai untuk pertumbuhan pelbagais sepsis tumbuhan dan haiwan.  Bagi tumbuhan semula jadi, kira-kira 15 000 spesis tumbuhan dapat ditemukan di hutan kita.
            Dalam unit ini kita akan mengenal pelbagai jenis tumbuhan semula jadi serta pelbagai jenis hidupan liar yang terdapat di hutan Negara kita.

12.1 Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

            Taburan tumbuhan semula jadi meliputi beberapa kawasan hutan seperti  yang ditunjukkan  dalam Peta 12.1 ini.Hutan hujan tropikahutan payahutan pantai, dan hutan gunung kebanyakkannya diliputi tumbuhan semula jadi yang malar hijau.

Peta 12.1 Taburan tumbuhan semula jadi di Malaysia.
12.2 Hutan Hujan Tropika

         Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia.  Hutan ini meliputi kira-kira 19 juta hektar kawasan Malaysia. Kira-kira 46% daripada keluasan hutan in terdapat di Sarawak, 31% di Semanjung Malaysia, dan 23% di Sabah.
            Pokok-pokok hutan hujan tropika tumbuh dengan ketinggian yang berbeza dan kelihatan berlapis-lapis. Pada umumnya ahli botani membahagikan hutan ini kepada empat lapisan iaitu lapisan renjong (emergen), kanopi (silara), lapisan tengah dan lantai hutan. Disini terdapat ciri yang membezakan lapisan tersebut.

Rajah 12.2 Empat lapisan yang terdapat di hutan hujan tropika


Hutan ini padat dan banyak sepsis tumbuhannya. Tumbuh-tumbuhan di hutan ini adalah malar hijau kerana tiada musim luruh yang nyata. Daunnya lebar, berbulu, berlilin dan liat. Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan cepat dan mudah. Kebanyakkan pokok di lapisan renjong (ketinggian antara 40 hingga 50 meter) berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat. Batangnya lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari. Keadaan pokok yang demikian memerlukan akar yang kuat. Oleh itu, pokok-pokok begini berakar  banir sebagai sokongan. Antara pokok yang berakir banir termasuklah pokok cengal, kapur, kempas, senduduk, tualang, mersawa dan meranti. Pokok-pokok hutan ini tumbuh bercampur aduk (banyak spesis yang tumbuh di satu-satu kawasan yang kecil) dan bukan berdirian tulen.
            Di lapisan kanopi (ketinggian antara 20 hingga  4o meter),ranting dan daun-daunnya merimbun dan membentuk lapisan pelindung cahaya matahari.  Antara beberapa contoh pokok di lapisan ini termasuklah kedondong , kandis, penarahan, dan kelat.
            Tumbuhan yang mecapai lapisan tengah (ketinggian antara 10 hingga 20 meter) adalah pokok-pokok kecil. Terdapat juga tumbuhan jenis epifit seperti paki langsuyar dan paku tanduk rusa yang hidup menumpang di atas pokok lain.  Liana pula sejenis tumbuhan yang memanjat pokok lain bagi mendapatkan cahaya matahari.  Contohnya ialah rotan.  Ada juga herba dan orkid yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan air, garam dan mineral daripada kulit pokok tersebut.  Tumbuhan ini dikenali sebagai parasit. 
            Oleh kerana pokok tumbuh rapat-rapat, cahaya matahari terhalang daripada sampai ke lantai hutan.  Keadaan ini menyebabkan lantai hutan (ketinggian kurang daripada 10 meter) mempunyai tumbuhan yang jarang.  Bahagian hutan ini adalah gelap dan lembap.  Lapisan ini diliputi oleh daun kering dan bahan reput yang tebal.  Keadaan ini sesuai  untuk tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput.  Contohnya ialah kulat dan cendawan.

Foto12.1 Ciri hutan hujan tropika
         
            Hutan hujan tropika mnjadi habitat (kediaman) bagi pelbagai ejnis hidupan liar.  Rajah 12.2 menunjukkan hidupan yang berbeza-beza di keempat-empat lapisan hutan hujan tropika.


Rajah 12.1 Pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia mengikut lapisan dalam hutan hujan tropika

12.3 Hutan Paya
    
            Hutan paya meliputi kawasan tumbuh-tumbuhan yang sering ditenggelami air.  Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya ait tawar.

Hutan Paya Air Masin

            Hutan paya air masin banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang.  Antara beberapa kawasan hutan paya air masin termasuklah Larut Matang di Perak (kawasan pantai sepanjang 50 kilometer), sebahagian pantai Kuala Selangor, pantai Samarahan – Sadong di Sarawak, dan bahagian Delta Labuk – Sungut di Sabah.
            Hutan paya air masin ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku-pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung.  Hutan ini adalah malar hijau.  Spesies tumbuhan utama yang terdapat di hutan paya air masin ialah pokok bakau.  Antaranya termasuklah pokok bakau api-api, bakau kurap, dan bakau minyak.  Batang pokok bakau tumbuh lurus.  Ranting dan daun-daun pokok merimbun dan membentuk lapisan kanopi uang sekata. Hutan unu tidak mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.
            Pokok bakau mempunyai daun yang lebar dan liat. Daunnya mempunya kelenjar yang mengeluarkan garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan daun. Terdapat juga pokok-pokok yang menyimpan garam berlebihan ini dalam daun-daun tua. Daun-daun ini akan kering dan gugur. Garam dikeluarkan juga melalui akarya.
            Bahagian pokok bakau yang ditenggelami air masin mengalami kekurangan oksigen. Spesies bakau mempunyai sistem akar yang terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang, dan akar banir. Akar ceracak adalah akar penafasan. Akar ini tumbuh secara menegak keluar dari permukaan tanah lumpur. Contohnya pokok bakau yang mempunyai akar sebegini alah bakau api-api dan perepat.
            Pokok bakau kurap dan bakau minyak mempunyai akar jankang. Akar-akar ini tumbuh di bahagian bawah pangkal batang pokok dan masuk ke dala lumpur. Akar-akar ini menyokong pokok daripada mudah tumbang. Selain itu, akar sebegini memungkinkan pokok menyerap oksigen daripada udara ketika air pasang. Pokok bakau yang berakar banir tumbuh di kawasan yang lebih jauh dari pantai.

Rajah 12.4 Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air masin
          
           Tumbuhan ini berbeza-beza mengikut jarakdari laut. Jauh  ke darat terdapat pokok nibung dan paku pakis laut. Di kawasan yang semakin hamper ke laut terdapat pokok nipah. Di sepanjang pinggir laut terdapat pokok bakau. Kawasan ini sering ditenggelami air laut.


Hutan Paya Air TAwar

Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk (bertakung air). Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air sungai dan tasik. Pokok-pokok tumbuh di atas tanih aluvium, tanih gambut dan tanih liat. antara beberapa kawasan hutan paya air tawar termasuklah disekitar Tasik Chini dan Tasik Bera di negeri Pahang, sebahagian Sabak Bernam di Selangor, kawasan Tenggara Pahang dan Delta Rajang di Sarawak. 
            Di semenanjung Malaysia, antara jenis pokok yang tumbuh di hutan ini ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya dan kapur paya. Pokok-pokok ini adalah jenis pokok kayu keras. Pokok-pokok tumbuh bercampur aduk. Batangnya besar, lurus dan tinggi. Pokok tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya. Pokok nipah tumbuh dengan banyaknya di kawasan hutan paya air tawar. Terdapat juga pokok paku-pakis, periuk kera, dan rotan. Daun pokoknya adalah lebar, berkilat, berbulu, dan berlilin. Hujung daunya berbentuk tirus untuk memudahkan air hujan mengalir melaluinya. Manakala, daun pokok nipah pula adalah besar dan panjang. 
                  Pokok-pokok dihutan ini mempunyai akar yang sesuai untuk tumbuh dalam keadaan air yang bertakung. Pokok bintagur mempunyai akar udara. Pokok perupuk mempunyai akar pneumatofor (knee). Pokok kelat dan merbulan mempunyai akar jangkang. Pokok meranti mempunyai akar banir. Akar udara dan akar pneumatofor membantu pokok menyerap oksigen daripada udara. Akar jangkang dan akar banir pula dapat menyokong pokok daripada mudah tumbang dikawasan yang menakung air.
                      Hutan paya air tawar mempunyai profail yang berlapis-lapis. Terdapat tiga lapisan yang nyata dihutan ini, iaitu kanopi (silara), lapisan tengah, dan lapisan pokok renek.
                Di hutan paya air masin dan hutan paya air tawar banyak terdapat ikan, udang, kerang dan ketam. Selain itu, terdapat juga monyet,kera belanda, memerang, ular, buaya, burung helang dan serangga seperti kelip-kelip. Lihat Foto 12.4.




Foto 12.4 Hidupan liar di hutan paya air masin dan hutan paya air tawar


12.4 Hutan Pantai
Hutan pantai banyak terdapatdi kawasan pantai yang berpasir. Antara kawasan itu termasuklah kawasan di sepanjang Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi, Desaru di Johor, Batu Feringghi di Pulau Pinang, Pulau Sipadan di Sabah, dan Pulau Talang0Talang di Sarawak.
                Di hutan ini terdapat pokok-pokok seperti ru, bintagor laut, jemerlang laut, bebaru, kelat jambu laut, mengkuang, pokok kelapa dan pokok renek.
Di sepanjang pantai terdapat pokok-pokok yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza. Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter. Pokok kelat jambu laut yang sederhana besar, tumbuh antara 25 hingga 30 meter tinggi. Pokok ambong-ambong adalah tumbuhan renek yang mencapai ketinggian 6 meter sahaja. Kebanyakkan pokok hutan pantai mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar, manakala pokok ru pula berbentuk silinder.  Batang pokok ru lurus dan tinggi. Kulit batang pokok ru agak berbeza sedikit kerana mempunyai dahan-dahan kecil yang berwarna hijau yang berfungsi sebagai daun sisik.
                Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda sesuai hidup di kawasan pantai yang berpasir. Tumbuha ini mempunyai akar yang dapat merebak dan menjalar jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan air tawar. Akar yang demikian juga menguatkan cengkaman pokok di pasir yang longgar.
                Profil hutan pantai menunjukkan perbezaan tumbuhan semulajadi mengikut jarak dari laut. Pokok tapak kuda tumbuh paling hampir dengan laut. Pokok ru tumbuh dikawasan yang agak jauh sedikit dari kawasan pokok tapak kuda. Di kawasan ini terdapat juga rumput-rumput kasar jenis menjalar. Pokok renek tumbuh di belakang pokok ru serta diikuti pokok mengkuang dan pokok kelapa.

Rajah 12.6  Profil hutan pantai




Di hutan pantai terdapat juga pelbagai hidupan liar seperti kera, ular, biawak , tupai, burung dan serangga. Lihat Foto 12.7 ini.


Foto 12.7 Pelbagai hidupan liar di hutan pantai



12.5 Hutan Gunung

Hutan gunung banyak terdapat  di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 meter. Antara beberapa kawasan yang diliputi hutan gunung termasuklah kawasan Gunung Kinabalu di Sabah, Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang, dan Gunung Jerai di kedah. Hutan gunung mempunyai pelbagai tumbuhan, contohnya pokok daun luruh seperti oak dan pokok daun tirus seperti pokok renek, contohnya orkid.

                Tumbuhan semulajadi  dikawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian kawasan. Rajah 12.7  menunjukan profil hutan gunung di Gunung Kinabalu Sabah. Di kawasan gunung yang tingginya antara 1200 hingga 1800 meter terdapat hutan montane bawah. Hutan ini dikenali juga sebagai hutan luruh kerana mempunyai pokok oak dan laurel. Ketinggian pokok adalah di antara 15 hingga 33 meter. Terdapat banyak tumbuhan epifit, misalnya orkid dan paku langsuyar yang tumbuh dilapisan ini.

Rajah 12.7  Tumbuhan semulajadi di hutan gunung  berbeza mengikut aras ketinggian.



                Di kawasan yang tingginya antara 1800 hingga 2900 meter terdapat hutan montane atas. Jenis hutan ini adalah seperti terdapat di Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron. Di hutan ini, terdapat pokok-pokok daun tirus seperti seperti pokok pain, sprus, dan gelam gunung. Keadaan suhu yang lebih rendah dan tiupan angin yang kencang menyebabkan kebyakkan pokok rendah-rendah. Ketinggian pokok-pokok adalah diantara 1.5 hingga 18 meter.
                Hutan ini terdiri daripada satu lapisan sahaja. Epifit seperti liken dan lumut tumbuh di dahan-dahan pokok. Terdapat juga Rafflesia,  periuk kera, dan pokok rhododenron di hutan ini. Lantai hutan yang lenbab pula ditumbuhi lumut.
                Kawasan yang tingginya antara 2900 hingga 3500 meter ditumbuhi tumbuhan hampir alpain. Di sini terdapat hutan campur jenis pokok kerdil dan rumput. Terdapat pokok renek konifer, rumput jenis Low’s Buttercup, Borneo eyebright, red sanicle dan periuk kera. Kawasan ini yang tingginya melebihi 3500 meter ditumbuhi tumbuhan alpain. Di kawasan ini jarang terdapat tumbuhan. Ada kawasan yang tidak mempunyai pokok kecuali semak samun renek seperti rhododendron, rumput, dan orkid. Tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat d Gunung Kinabalu.
                Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juha mengikut ketinggian. Di hutan montane bawah terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga. Di hutan montane atas terdapat burung, ferretbadger, tikus, burung, dan serangga.

Foto 12.8 Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Bunga ini dapat tumbuh sehingga setebal 1.9 cm, selebar 91cm dan seberat 7kg. Rafflesia ditemukan di Gunung Kinabalu, Sabah.




Foto 12.9  Fauna yang terdapat di hutan gunung